Sumbangan Zakat Bank Rakyat

Alhamdulillah...


Pihak Bank Rakyat, Cawangan Wakaf Che Yeh berbesar hati memberi sumbangan zakat kepada murid terpilih SK Geting. Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Wakaf Che Yeh, En Amran Omar hadir untuk menyampaikan sumbangan zakat ini. Guru Besar, En Rostafli Mohamed, menerima bagi pihak sekolah. Sumbangan ini akan diagihkan kepada murid terpilih dalam masa terdekat. 

Terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat Cawangan Wakaf Che Yeh di atas sumbangan ini. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan beban mereka yang menerimanya. Semoga Allah membalas segala kebajikan yang dilakukan ini.




Terima kasih semuanya.


Share:

No comments:

Post a Comment

makluman


LAMAN SK GETING.

Untuk makluman, laman ini masih dalam proses penambahbaikan.




PERHATIAN KEPADA WARGA SKG SAMA ADA DI KALANGAN GURU ATAU MURID

Pihak pengurusan SKG mengharapkan warga SKG mematuhi arahan PKP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
Guru dan murid digalakkan berhubung mengikut kesesuaian teknologi yang boleh digunakan untuk proses pembelajaran. #StaySafe #StayAtHome #KitaMestiMenang



LAMAN INI MASIH DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN. HARAP MAKLUM.

Intai Kami

POS PILIHAN

KAMI DI SINI

KUNJUNGAN