"Hari Guru 2020 adalah Sambutan Hari Guru ke-49 yang diraikan. Pada tahun ini sambutan hari guru agak berbeza kerana sambutan dibuat dalam tempoh negara kita menghadapi cabaran Covid19. Apa pun semangat keguruan tidak pernah pudar. Bersesuaian dengan tema hari guru tahun 2020, "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu", ramai di kalangan guru telah meningkatkan kemahiran diri. Ini terbukti apabila PdP di kalangan murid tidak terputus semasa pelaksanaan PKP, PKPD atau PKPB. Yang pasti 16 Mei merupakan tarikh keramat para guru yang mana mungkin dapat dilupakan".
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru, terutama guru-guru SK Geting.
#StaySafe
#StayClean
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#SelamatHari Guru
No comments:
Post a Comment