Majlis Muafakat Ibu Bapa Penjaga - CAKNA Kehadiran Murid Siri 1 telah diadakan.
Satu program di bawah Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKG telah diadakan. Program siri 1 ini melibatkan ibu bapa / penjaga murid tahun 6 yang terpilih. Perjumpaan yang diadakan mengikut SOP COVID19 ini diadakan selama 1 jam pada awal pagi bersama ibu bapa / penjaga murid untuk membincangkan isu-isu berkaitan kehadiran murid. Matlamat adalah untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah setelah negara kita dilanda musibah COVID19. Ibu bapa / penjaga yang hadir berterima kasih dan menyatakan tindakan pihak sekolah adalah satu perkara yang boleh menyedar dan membangkitkan semula kealpaan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment