Bantuan NGO - Kepada Murid Yatim

Terima kasih kepada penyumbang yang sudi membantu.


20 murid yatim terpilih untuk menerima sumbangan bantuan berupa keperluan harian seperti beras, biskut, minyak masak dan lain-lain lagi. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Rostafli yang mewakili individu yang menyumbang. Bagi pihak ibu bapa yang menerima, kami mengucapkan terima kasih dan didoakan semoga penyumbang sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. 










Share:

Ujian SEGAK 2020

Penularan COVID19 sememangnya menjadi faktor Ujian SEGAK tidak dapat dijalankan.


Dalam kesempatan yang dibenarkan, sempat juga Ujian SEGAK dijalankan. Walaupun tidak semua murid berkesempatan untuk menjalani ujian ini. Pelaksanaan dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Penjarakan, nyahkuman peralatan dan SOP lain dilakukan. Jelas, ujian ini memberi satu ruang keseronokan kepada murid. Insha Allah, semoga 2021 nanti semuanya kembali seperti asalnya.















Share:

Pertandingan Qiadi Junior Negeri Kelantan

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah mengadakan satu pertandingan.


 Pertandingan Qiadi Junior Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 20.10.2020. Pertandingan diadakan secara atas talian menggunakan Google Meet. Bagi daerah Tumpat, SK Geting 1 dijadikan pusat untuk pertandingan ini. Kehadiran Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadil bin Othman, Penolong Pegawai PPD Tumpat memberi semangat kepada urusetia dan peserta terlibat. Setiap persembahan oleh peserta dilakukan secara atas talian menggunakan Google Meet. Peserta daerah Tumpat merupakan kumpulan ke dua yang membuat persembahan. Alhamdulillah, adik Ainul Mardhiah binti Mohd Subri, wakil daerah Tumpat telah terpilih sebagai Qiadi Terbaik Perempuan Negeri Kelantan. Semoga kejayaan ini akan memberi semangat kepada adik Ainul, guru-guru pembimbing serta keluarga untuk meneruskan usaha-usaha sebegini. Turut hadir memberi semangat ialah para pentadbir SK Geting 1.

Tahniah Ainul Mardhiah binti Mohd Sabri dan jurulatih atas kejayaan diperolehi.
























Share:

Penutup Program Jom Baca iSINA SKG 2020

Setelah 20 hari berkampung di SKG, akhirnya detik perpisahan berlaku.


13 Oktober 2020, majlis penutup bagi Program Jom Baca iSINA dilakukan. Kehadiran Tuan Timbalan PPD Tumpat memeriahkan lagi majlis penutupan ini. Sebak anak-anak SKG untuk berpisah dengan guru-guru di kalangan moderator iSINA. Selama 20 hari bersama-sama dalam program yang banyak membantu anak-anak SKG telah merapatkan silaturrahim antara sesama. Terima kasih kepada yang menjayakan program ini terutama sukarelawan iSINA dari serata Malaysia, PIBG SKG, pentadbiran SKG, AJK guru, semua guru SKG dan anak-anak pelajar SKG yang terpilih. Semoga sumbangan yang diberikan dikira sebagai amalan baik kita di sisi Allah. Terima kasih semuanya...




Share:

Mesyuarat Persediaan Penutupan Program Jom Baca iSINA

Program Jom Baca iSINA, akan berakhir.


 Program ini akan berakhir pada 13 Oktober 2020. Persediaan majlis penutup program ini dilakukan. Yang pasti SKG amat berterima kasih kepada pasukan iSINA yang datang membantu anak-anak SKG. 

Jawatankuasa di kalangan guru dan AJK PIBG bersama-sama membuat persediaan untuk majlis penutup ini nanti.





Share:

Khidmat Bantu ICT

Terima kasih team USTP Tumpat, atas kunjungan khidmat bantu ICT makmal komputer SK Geting.



 Team USTP, PPD Tumpat telah hadir memberikan khidmat bantu ICT di makmal komputer SKG. Beberapa peralatan ICT dikenalpasti kerosakan, bagaimanapun kerosakan yang dikenalpasti rosak, tidak semuanya dapat dibaik pulih. Laporan kerosakan perlu dilaporkan ke peringkat yang lebih tinggi memandangkan penyelenggaraan memerlukan perbelanjaan. 

Laporan kerosakan boleh dibuat di pautan di bawah:

http://sts.moe.edu.my/



Share:

makluman


LAMAN SK GETING.

Untuk makluman, laman ini masih dalam proses penambahbaikan.




PERHATIAN KEPADA WARGA SKG SAMA ADA DI KALANGAN GURU ATAU MURID

Pihak pengurusan SKG mengharapkan warga SKG mematuhi arahan PKP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
Guru dan murid digalakkan berhubung mengikut kesesuaian teknologi yang boleh digunakan untuk proses pembelajaran. #StaySafe #StayAtHome #KitaMestiMenang



LAMAN INI MASIH DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN. HARAP MAKLUM.

Intai Kami

POS PILIHAN

KAMI DI SINI

KUNJUNGAN