Program Pemakanan Sihat Prasekolah

 Prasekolah SK Geting tidak terkecuali melaksanakan Program Pemakanan Sihat untuk murid prasekolah.

Program ini merupakan salah satu program untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada murid berkaitan pengambilan pemakanan yang baik dan betul. Pelaksanaan secara teori dan amali di bilik darjah membolehkan murid terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan yang berkhasiat. Program yang dimulakan di kelas prasekolah ini diharapkan berkesinambungan hingga ke rumah. Alhamdulillah, ibu bapa berjaya meneruskan amalan ini di kalangan murid di rumah. Syabas !!!





Antara pelaksanaan pemakanan sihat oleh murid di rumah.





Share:

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2020

 Warga SKG mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2020 kepada semua. 


Semoga Malaysia sentiasa aman dan dijauhkan dari segala musibah.

#MalaysiaPrihatin

#KamiBanggaMenjadiRakyatMalaysia 

Share:

Selamat Menyambut Maal Hijrah 2020M / 1442H

Walau Maal Hijrah kali ini disambut dalam keadaan negara kita menghadapi cabaran COVID19, diharapkan semangat untuk meninggikan syiar agama serta menzahirkan bahawa semangat hijrah Rasulullah SAW diadaptasi dan dilaksanakan dalam kehidupan, sentiasa istiqamah di kalangan kita.



Share:

Bantuan Pakaian Seragam Beruniform SKG 2020

 Alhamdulillah, rezeki anak-anak yang terpilih. 

Seramai 23 murid tahun 4 yang telah dipilih oleh pihak kementerian untuk menerima bantuan pakaian seragam pasukan badan beruniform bagi tahun 2020. Penyampaian dilakukan oleh Tuan Guru Besar, SK Geting. Majlis diadakan mengikut SOP yang ditetapkan di mana penjarakkan perlu diamalkan.















Share:

Lawatan SIP PPD Tumpat

 Tuan Ismail, SIP PPD Tumpat sempat ke SKG untuk sesi bimbingan.

Kehadiran beliau membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dirancang dan dilaksanakan di peringkat sekolah. Idea yang diberikan memudahkan pihak pengrusan untuk merancang program yang bersesuain dengan persekitaran persekolahan sekarang ini. Insha Allah, satu program akan dilaksanakan nanti. Sama-sama kita nantikan...




Share:

Taklimat Pengaktifan ID GC

 Taklimat GC kepada semua guru SKG.

Taklimat disampaikan oleh Ustaz Rosman Ismail, Admin GC SKG. Telatah Ustaz yang bersahaja begitu menarik minat guru-guru untuk mendengar. Sesekali diselitkan dengan unsur kecindan membuatkan peserta tidak kering gusi. Apapun diharapkan penyampaian yang diberikan difahami oleh guru-guru dan dimanfaatkan kepada murid di sekolah.




 

Share:

Kunjung Bantu BPK Ke SKG

 Bahagian Pembangunan Kurikulum hadir dalam sesi Kunjung Bantu ke SKG. 

11 Ogos 2020, BPK hadir ke SKG dalam sesi Kunjung Bantu BPK. Penerangan berkaitan penjajaran kurikulum diberikan oleh BPK. Kunjungan ini banyak membantu pentadbir dan guru-guru SKG dalam pemahaman pelaksanaan DPK di peringkat sekolah. Penerangan yang diberikan bonus kepada warga SKG kerana diberi secara terus oleh pihak BPK. Turut hadir bersama pagawai dari JPN Kelantan dan PPD Tumpat. Terima kasih semua.






Share:

Taklimat Guru SKG

 Taklimat guru diadakan untuk makluman isu-isu dan perbincangan perkara berkaitan SKG.

 Taklimat diadakan kali ini untuk makluman kepada guru berkaitan pelaksanaan penjajaran kurikulum. Guru-guru didedahkan dengan lebih terperinci berkaitan pelaksanaan penjajaran kurikulum ini. Guru-guru memahami DPK yang digunakan. DKP ini bukanlah dokumen yang baharu, ianya hanya pengubahsuaian berdasarkan kesesuaian penjajaran yang dilaksanakan. 




Share:

Kunjung Bantu JPN Kelantan

 10 Ogos 2020, Kunjung Bantu JPN Kelantan ke SK Geting dalam memastikan pelaksanaan penjajaran kurikulum berlaku dengan betul.

Penjajaran kurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran dalam apa jua keadaan. Justeru SK Geting tidak terkecuali melaksanakan penjajaran kurikulum ini. DPK, dirujuk dan digunakan untuk melaksanakan penjajaran ini.

Muat turun Dokumen Penjajaran Kurikulum

di sini.







Share:

Penataran Pembukaan Semula Sekolah KAFA

 Penataran diberikan kepada semua tenaga pengajar yang terdiri daripada ustaz dan ustazah KAFA.

Kelas KAFA bagi murid tahun 4 dan 5 akan bermula pada 5 Ogos 2020. Bagi murid tahun 1 hingga 3, makluman pembukaan akan dimaklumkan nanti selaras arahan dari PPN/JPN. Pembukaan semula kelas KAFA diharapkan, murid dan guru dapat memanfaatkan dengan pengisian PdP yang baik setelah sekian lama tidak tadap mengikuti pembelajaran. Ibu bapa juga diharapkan dapat memberi kerjasama untuk meningkatkan kehadiran murid. Apa yang penting, pematuhan SOP perlu diamalkan demi memutuskan rantaian COVID19.


#kitajagakita

#kitamestimenang

Share:

makluman


LAMAN SK GETING.

Untuk makluman, laman ini masih dalam proses penambahbaikan.




PERHATIAN KEPADA WARGA SKG SAMA ADA DI KALANGAN GURU ATAU MURID

Pihak pengurusan SKG mengharapkan warga SKG mematuhi arahan PKP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
Guru dan murid digalakkan berhubung mengikut kesesuaian teknologi yang boleh digunakan untuk proses pembelajaran. #StaySafe #StayAtHome #KitaMestiMenang



LAMAN INI MASIH DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN. HARAP MAKLUM.

Intai Kami

POS PILIHAN

KAMI DI SINI

KUNJUNGAN