Agihan Bantuan KWAPM / eKASIH SKG 2020

 Agihan dilakukan mengikut norma baharu. Dalam jangka masa yang singkat sahaja.

Agihan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Oleh kerana penerima yang agak ramai, dua hari diperuntukkan untuk sesi agihan. Penerima dikehandaki hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Kawalan dilakukan oleh pihak tertentu untuk kelancaran semasa agihan. Para penerima manyambut baik dengan agihan norma baharu ini. Semoga bantuan yang diterima dimanfaatkan ke arah pembelajaran anak-anak.

Terima kasih AJK Bantuan SKG yang cemerlang dalam laksanakan tanggung jawab.








Share:

Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah Keseluruhan

 22 Julai 2020, semua murid SKG mula bersekolah. 

Tuan Hj Mohammad Saad bin Abdullah, Penolong Pegawai PPD Tumpat dan Sjn Nor Azman bin Mat Hassan dari Balai Polis Tumpat hadir untuk memastikan SOP dipatuhi. Semua persediaan yang dibuat menepati kehendak dan arahan KPM serta KKM.



Share:

Jamuan Perpisahan En. Wahid

 Kelab Guru SKG telah mengadakan jamuan perpisahan kepada En Wahid Abas, Pembantu Operasi SKG.

Dari 1981 hingga 2020 di SK Geting, pastinya banyak meninggalkan kenangan. Didoakan, semoga En Wahid yang lebih dikenali sebagai Abe Wah sentiasa dalam lindungan Allah. Semoga terus sihat bersama keluarga dan jangan dilupakan kami di SKG ini.





Share:

Solat Hajat & Bacaan Yaasin Mohon Keselamatan

 Sempena Pembukaan Semula Sekolah, warga SKG mengadakan Solah Hajat dan bacaan Yaasin.

22 Julai 2020, murid tahun 1 hingga tahun 4 pula yang akan memulakan sesi persekolahan. Ini bermakna semua murid sudah mula hadir ke sekolah. Kami mohon agar keselamatan diberikan kepada semua pendidik dan murid secara keseluruhan, khususnya guru dan murid di SK Geting. Diharapkan kita semua mematuhi SOP yang telah ditetapkan seterusnya dapat kita memutuskan rantaian COVID19 ini. 

"Ya Allah, selamatkanlah kami semua dari ujian ini. Angkatlah segala musibah ini Ya Allah..."

#kitajagakita

#patuhiarahan




Share:

Bengkel Google Classroom Ketua Panitia SKG

 Sebagai permulaan tahun 2020, sekembali ke sekolah, pada 19 Julai 2020, Bengkel GC kepada Ketua Panitia SKG telah diadakan.

Bengkel GC diadakan untuk meningkatkan kemahiran guru dalam melaksanakan PdP yang lebih pelbagai. Bengkel ini diberikan kepada semua Ketua Panitia SKG. Diharapkan selepas ini, ilmu yang diberi dapat dikembangkan kepada semua guru di SKG khususnya. Pengisian bengkel kali ini berfokuskan cara membina latihan kepada murid. Ustaz Rosman selaku admin GC adalah fasilitator pada bengkel ini.


Share:

Pembukaan Semula Sekolah - Tahun 5 & Tahun 6

 Pada 15 Julai 2020, sesi persekolahan dibukan semula selepas lebih 3 bulan sekolah dicutikan.

Hari pertama persekolah, pemantauan dilakukan oleh pegawai PPD dan pegawai PDRM. Murid begitu teruja untuk memulakan sesi pembelajaran. Apapun warga sekolah perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Tiada bersalaman, komunikasi sekurang-kurangnya 1 meter dan mematuhi langkah-langkah keselamatan lain yang telah ditetapkan.











Share:

Taklimat Pembukaan Sekolah - D5 & D6

 14 Julai 2020 - Taklimat pembukaan semula persekolahan untuk tahun 5 dan tahun 6.


Semoga dipermudahkan segala urusan kami warga SKG untuk menyambut kehadiran murid tahun 5 dan tahun 6 kembali ke sekolah. Persediaan telah dilakukan dan yang penting kita sama-sama patuhi tatacara dan panduan yang telah ditetapkan.





Share:

Taklimat Persediaan Pembukaan Semula Sekolah

 Sekolah akan dibuka semula pada 15 Julai 2020 untuk murid tahun 5 dan 6.

 Taklimat diberikan kepada guru-guru SKG untuk pelaksanaan persediaan persekolahan. Setelah 3 bulan berada dalam kawalan pergerakan, guru-guru SKG bersemangat untuk memulakan persiapan persekolahan ini. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.






Share:

Mesyuarat JK HEM Bil. 2/2020

 Alhamdulillah, mesyuarat Unit HEM Bil. 2/2020 dapat jua dilaksanakan. 

Beberapa isu berkaitan HEM telah dibincangkan. Fokus utama diberikan terhadap perkara berkaitan permbukaan semula sekolah. Perancangan disusun semula agar pelaksanaan dapat dilakukan dengan mengikut garis panduan yang diberikan.






Share:

Suntikan Murid Tahun 1/2020

Pihak Kesihatan mengambil langkah berjaga-jaga.


Suntikan murid tahun 1/2020 dilaksanakan di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor. Kebiasaannya, suntikan dilakukan dipremis sekolah. Terima kasih kasih kepada petugas untuk suntikan murid tahun 1 SKG. Terima kasih juga kepada ibu bapa penjaga yang komited menghantar anak-anak ke klinik untuk menerima suntikan.





Share:

Pembukaan Semula Prasekolah

Kelas Prasekolah dibuka semula pada 1 Julai 2020. 


Kelas prasekolah dibuka dengan mengikuti SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan. Pemantauan oleh Tuan Hj Mohammad Saad bin AbdullahPegawai PPD Tumpat dan Konst Muhamad AL-Amin bin Ahmad, Polis Pengkalan Kubor hadir untuk memastikan peraturan dipatuhi. Semua berpuashati dengan pelaksanaan SOP untuk mengelak penularan Covid-19.








#kitajagakita
#kitamestimenang


Share:

makluman


LAMAN SK GETING.

Untuk makluman, laman ini masih dalam proses penambahbaikan.




PERHATIAN KEPADA WARGA SKG SAMA ADA DI KALANGAN GURU ATAU MURID

Pihak pengurusan SKG mengharapkan warga SKG mematuhi arahan PKP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
Guru dan murid digalakkan berhubung mengikut kesesuaian teknologi yang boleh digunakan untuk proses pembelajaran. #StaySafe #StayAtHome #KitaMestiMenang



LAMAN INI MASIH DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN. HARAP MAKLUM.

Intai Kami

POS PILIHAN

KAMI DI SINI

KUNJUNGAN