Pada tahun 2020 ini, suntikan untuk murid tahun 1 akan dilakukan di Klinik Kesihatan Geting. Ibu bapa / penjaga murid tahun 1 2020 boleh mengambil surat makluman dan surat kebenaran yang telah ditandatangani di pondok kawalan SK Geting bermula 25 Jun 2020 hingga 4 Julai 2002.
Tatacara untuk ke klinik kesihatan :
- Pastikan murid hadir bersama penjaga pada tarikh ditetapkan.
- Hanya seorang penjaga dan murid sahaja yang dibenarkan hadir.
- Sila pakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan semasa berada di premis kesihatan.
- Sekiranya murid deman atau tidak sihat sila maklumkan kepada guru kelas.
- Untuk pelajar PPKI boleh hadir pada mana-mana hari ( 5 hingga 7 Julai 2020,
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari ).
Kerjasama ibu bapa / penjaga, amat kami hargai. Terima kasih.
#patuhiSOP #kitamestimenang