Program Jom Ke Sekolah

Program kolaboratif KPM di bawah seliaan SK. Geting bersama-sama PDRM telah berjaya melaksanakan Program Jom Ke Sekolah.
Program yang dilaksanakan pada 17 Februari 2020 ini mengharapkan, kerjasama antara sekolah, PDRM, PIBG dan komuniti setempat dapat meningkatkan prestasi kehadiran murid ke sekolah. Guru Besar SK Geting, En Rostafli Mohamed dalam ucapan aluan menyatakan kerjasama ini amat penting untuk kesepakatan demi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Beliau juga berharap kes-kes melibatkan disiplin dapat dikurangkan dengan kerjasama PDRM. Hadir merasmikan Program Jom Ke Sekolah SKG 2020 adalah Kpl. Mohd Zawawi bin Mamat, Balai Polis Pengkalan Kubor. Dalam ucapan yang diberikan, beliau menyatakan kesediaan pihak PDRM untuk membantu sekolah mengikut apa-apa yang sesuai untuk dibantu. Turut hadir pada majlis ini ialah YDP PIBG SKG yang baharu iaitu Tuan Haji Shafiee bin Musa.



Share:

Penyerahan Watikah Kokurikulum

Majlis Penyerahan Watikah Kokurikulum SKG telah dilaksanakan pada 16 Februari 2020. Penyerahan ini disampaikan oleh En Mohd Anusidiqie bin Anuar, Penolong Pengarah JPN Kelantan. Turut hadir En Amri bin Zakaria, Penolong Pengarah JPN Kelantan.


En Rostafli Mohamed,Guru Besar SK Geting di dalam ucapan beliau merakamkan penghargaan kepada perasmi dan berterima kasih di atas kerjasama semua.
Share:

makluman


LAMAN SK GETING.

Untuk makluman, laman ini masih dalam proses penambahbaikan.




PERHATIAN KEPADA WARGA SKG SAMA ADA DI KALANGAN GURU ATAU MURID

Pihak pengurusan SKG mengharapkan warga SKG mematuhi arahan PKP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
Guru dan murid digalakkan berhubung mengikut kesesuaian teknologi yang boleh digunakan untuk proses pembelajaran. #StaySafe #StayAtHome #KitaMestiMenang



LAMAN INI MASIH DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN. HARAP MAKLUM.

Intai Kami

POS PILIHAN

KAMI DI SINI

KUNJUNGAN